OBJEKTIF

Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Adalah Bertujuan :
  • Untuk Menyedarkan Masyarakat Tentang Pentingnya Peranan Muzium Di Dalam Kehidupan.
  • Sebagai Tanda Penghargaan Kerajaan Terhadap Sumbangan Serta Peranan Yang Dimainkan Oleh Muzium.
  • Untuk Memberi Peluang Dan Kesempatan Kepada Orang Ramai Untuk Mengunjungi Dan Mengenali Muzium Dengan Lebih Dekat Dan Menyertai Berbagai Aktiviti Muzium.
  • Menarik Minat Masyarakat Bersama-Sama Melindungi Warisan Budaya Bangsa Yang Menjadi Kebanggaan Kita.
  • Pendedahan Kepada Kakitangan Muzium Bagi Mengubah Corak Pemikiran Ke Arah Yang Lebih Positif, Proaktif Dan Inovatif Bagi Melahirkan Sebuah Muzium Yang Dapat Memenuhi Keperluan Dan Cita Rasa Masyarakat Semasa.
  • Mewujudkan Perpaduan Serta Jaringan Kerjasama Yang Erat Di Kalangan Muzium.

KESIMPULAN

Hari Muzium Antarabangsa yang dirayakan oleh muzium-muzium seluruh dunia pada 18 Mei setiap tahun merupakan hari  yang memberi pengertian besar kepada dunia permuziuman sejagat dalam usaha untuk menarik perhatian umum terhadap program dan aktiviti muzium. Penganjuran program ini mendapat pengiktirafan kerajaan bagi peranan yang dijalankan oleh muzium dalam usaha memartabatkan khazanah warisan negara.